[Company Logo Image]

Home Services Jadual Perjalanan

Home

 

 

  • Kenderaan Klang Banting Berhad (KKBB) telah ditubuhkan pada 29hb Disember 1973.
  • KKBB adalah salah sebuah anak syarikat Nadicorp Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai MARA Holding Sdn Bhd).
  • Syarikat ini menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas awam dikawasan Banting, Klang dan Kuala Lumpur.
  • Kami mengadakan perkhidmatan di 25 laluan.
  • Pada masa ini syarikat mempunyai 129 buah bas.
  • Mulai tahun ini semua anak syarikat pengangkutan dibawah NHSB telah menggunakan jenama "Transnasional" dalam usaha untuk membawa imej baru serta meningkatkan mutu perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai.


Objektif

  • Menceburi perniagaan dalam industri pengangkutan awam
  • Memberi peluang pekerjaan kepada bumiputra
  • Melatih bumiputra menyelia, merancang, melahirkan dan meningkatkan keupayaan, kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diceburi


Company Profile

Logo Syarikat

  • Logo syarikat yang mencerminkan pengangkutan darat dimana bulatan adalah menunjukkan stearing yang mempunyai 3 cabang iaitu Jabatan, Nilai dan Misi
  • Sayap adalah menggambarkan jalanraya

Sejarah Penubuhan Syarikat

  • Pada peringkat awalnya, syarikat ini dikenali sebagai Klang Coach Omnibus Company
  • Memandangkan syarikat ini tidak menepati fungsi sebagai syarikat pengangkutan awam oleh sebab kekurangan modal dan tidak mampu membiayai kos, maka MARA telah mengambilalih 100% syarikat ini dan ditadbirkan dibawah projek Kenderaan Bas MARA (KBM) Selangor
  • Seterusnya pada 28hb Disember 1965, KBM Selangor telah diperbadankan dibawah Ordinan Negeri-negeri Tanah Melayu 1940 - 1946
  • Pada 15hb April 1966, nama syarikat telah diubah kepada Kenderaan Madah Berhad
  • Pada 29hb Disember 1973, satu resolusi telah dibuat oleh ahli-ahli Syarikat Kenderaan Madah Berhad didalam mesyuarat Agong dimana telah bersetuju menukar namanya kepada Kenderaan Klang Banting Berhad (KKBB)
  • Pada tahun 1976, syarikat telah diletakkan dibawah Pengurusan dan Pentadbiran Kumpulan Kenderaan MARA Berhad (KKMB)
  • Seterusnya pada 23hb Mac 1985, MARA selaku badan induk telah menyatukan secara korporat Kumpulan Pengangkutan (KKMB) dan Kumpulan Industri (KINB)
  • Dengan penyatuan ini maka pada 1hb September 1985, MARA Holding Sdn Bhd telah ditubuhkan dan KKBB menjadi salah sebuah anak syarikat MHSB.
  • Pada 28hb Jun 2000, selaras dengan penswastaan MHSB, nama telah ditukar kepada Nadicorp Sdn Bhd (NHSB)
  • Ketika ini Syarikat ini diterajui oleh Dato' Mohd Nadzmi bin Mohd Salleh selaku Pengerusi Eksekutif.

Kedudukan Kakitangan Syarikat (Feb 2002)

  •     Pengurus                        1
  •     Eksekutif                        4
  •     Eksekutif Rendah            2
  •     Penyeliaan                    55
  •     Perkeranian                   33
  •     Mekanik                        35
  •     Pemandu                     190
  •     SMKB                             8
  •     Jumlah                        328


Contact Information

Telephone
03-33718810 / 33734482
FAX
03-33716441
Postal address
KENDERAAN KLANG BANTING BERHAD, Pejabat Pengurusan & Pentadbiran, No. 238, Tingkat 1 & 2, Lot 61026, Jalan Sungai Bertek, 41100 Klang, Selangor
Electronic mail
General Information: kkbb@transnet.com.my
Sales:
Customer Support:
Webmaster:

 

Last modified: 04/03/02